Latihminda Dot Com

Frequently Asked Questions

Soalan Sering Ditanya


Pendaftaran

  1. Pendaftaran percubaan adalah PERCUMA. Dua subjek disediakan iaitu Matematik Pantas dan Bahasa Inggeris Komunikasi.

  2. Pendaftaran adalah untuk 12 bulan dari bulan pendaftaran sehingga 12 bulan selepasnya.

  3. Satu keluarga satu akaun. Setiap akaun pelajar yang berdaftar boleh digunakan untuk adik beradik/anak-anak yang lain. Contoh 1: Anak pertama di darjah 4, anak kedua di darjah 5 dan anak ketiga di darjah 6. Anda hanya perlu membayar untuk SATU pakej sekolah rendah (KSSR) sahaja. Ketiga-tiga mereka boleh mendaftar dengan username berbeza tetapi boleh mengikuti kelas sebagai pelajar aktif. Contoh 2: Anak seorang di tingkatan 4, seorang di tingkatan 2 dan seorang lagi di tingkatan 1. Anda hanya perlu membayar untuk SATU akaun SPM dan SATU akaun PT3 sahaja. Contoh 3: Anak kembar yang belajar di tingkatan 3. Anda hanya perlu membayar untuk SATU akaun PT3 sahaja. Kedua-dua (atau seberapa bilangan kembar yang ada) tidak perlu membayar secara individu.


Yuran

  1. RM 300 untuk subjek-subjek UPSR, PT3 dan SPM. Secara total, 14 subjek.

  2. Tiada sebarang bayaran tambahan bulanan.


Jadual dan Interaksi Dengan Guru

  1. Kelas mengikut jadual ditetapkan oleh guru-guru berkenaan. Untuk hari sekolah, kelas bermula dari 8 malam hingga 9 malam. Untuk hujung minggu, kelas bermula pada waktu pagi (tetapan mengikut guru).

  2. Jadual tambahan mengikuti keperluan subjek atau guru.

  3. Sejam seminggu bersama guru-guru secara “LIVE” (seperti webinar) untuk setiap subjek.

  4. Interaksi dengan cikgu melalui chat box yang disediakan di setiap channel atau dengan whatsapp group (“Tuition Online”)

  5. Pelajar yang tidak dapat hadir boleh tengok balik kelas selepas kelas tersebut


Keperluan Asas

  1. Laluan internet (minima 1 mb/s).

  2. Broadband boleh digunakan (minima 1 mb/s)

  3. Laptop, PC, SmartPhone, ipad, Galaxy tab etc. boleh digunakan.

  4. Browser Firefox atau Chrome yang terbaru.

  5. Email (ibubapa atau pelajar).



Matapelajaran

  1. Dua subjek tambahan PERCUMA: Matematik Pantas dan Bahasa Inggeris Komunikasi untuk semua umur.

  2. Kelas sebelumnya boleh didownload di saluran kelas.

  3. Kelas khas bahasa Inggeris untuk pelajar darjah 1 -3 disediakan.


Interaksi Dengan Guru

  1. Interaksi dengan cikgu melalui chat box yang disediakan di setiap channel atau dengan whatsapp group (“Tuition Online”)

  2. Whatsapp group juga digunakan untuk kelas bahasa (BM/BI)

  3. Soalan boleh diajukan kepada guru semasa kelas ATAU selepas kelas (menggunakan chat box atau Whatsapp group)